4 KAEDAH KENALI COKLAT YANG HARAM DIMAKAN

Sememang coklat adalah makanan kegemaran hampir keseluruhan penduduk dunia. Berbagai jenis aneka coklat diserata dunia. Sebelum kita menceritakan lebih dalam untuk mengetahui coklat-coklat yang haram dimakan.kita terlebih dahulu perlu kenali asas pembuatan coklat:

Secara asasnya coklat terdiri daripada
1.serbuk koko
2.lemak koko
3.lemak
4.gula
5.susu tepung krim
6.bahan emulsi (e-code)
7.bahan pengilat (e-code)

Sebagai umat islam kita perlu lebih prihatin terhadap makanan yang kita makan. Jadi perkara yang perlu kita perhatikan adalah bahan-bahan no.3, no.6 & no.7  kerana bahan-bahan ini boleh juga didapat daripada haiwan0

1. LOGO HALAL
Cuba cari logo HALAL pada produk tersebut. Produk luar negara selalunya mereka mengunakan logo halal kawasan tempatan mereka. Lihat logo tersebut kemudian semak dengan Jakim. Untuk pastikan logo tersebut diiktiraf JAKIM atau tidak. Boleh semak pada link dibawah:

http://www.mahamahu.com/2016/01/terkini-senarai-badan-halal-luar-negara.html?m=1

2. ALCOHOL
Jika tiada logo, cuba semak bahan2 tersebut jika ada bahan campuran seperti ethanol, wain, rum, wiski, brandy, liquer, gin, sake anda perlu berhati2. Biasanya coklat dari luar negara yg gemar coklat sebegini. Campuran alcohol sememangnya Haram kerana bersifat memabukan.

3. E-CODE
E-code ini bermaksud Europe Code, dimana di eropah mereka telah pun membuat standard code bahan penambah makanan. Terdapat berbagai jenis bahan penambah makanan ni antaranya agen pengawet, agen pengilat, agen anti buih, agen pemekat & banyak lagi.ada lebih 600 E-code! Bahan penambah makanan ni boleh berasal dari haiwan, serangga, tumbuhan & kimia. Disini isu yg melibatkan Halal haram e-code tersebut. Dalam pembuatan COKLAT biasa ada  agen emulsi dan agen pengilat. Setiap bahan ni mempunyai beberapa jenis e-code
No.6 bahan emulsi (e-code) cth: E322, E400, E401 dll

Pihak JAKIM sendiri telah pun membuat penilaian pada setiap E-Code tersebut dan mereka da tetapkan HARAM, MAHKRUH, HALAL. Jakim da mudah kan kita. Semak sahaja di link ini

http://www.halalmalaysia.net/HALAL_E-CODES.php

4.SUMBER LEMAK
Dalam industri pembuatan coklat , lemak daripada haiwan/tumbuhan banyak digunakan utk mengantikan sebahagian daripada lemak koko bagi pelbagai tujuan.antaranya adalah mengubah takat lebur, takat beku, daya ketahan, rasa dan sebagainya. Jika ia ada tulis “vegetable oil” itu adalah bersumberkan tumbuhan contoh2 tumbuhan adalah:
“Palm”
“Illipe”
“Shea”
Jika ia tulis “animal oil” maka berhati-hati lah
Semoga memberi banyak manfaat pada semua pengemar coklat halal

#Coklat
#CoklatHalal
#Chocodaps

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *