TIPS NAIKKAN SALES HANYA MENGUNAKAN FB

Tips Naikkan Sales Hanya Mengunakan FB

Special Guest Malam Ini

Speaker: KING NURUL NADHIRAH

Puan Nurul Nadhirah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Nad merupakan seorang Suri Rumah kepada 2 cahaya mata yang masih kecil2 Tetapi buat jualan 5 angka dalam masa 3 Bulan. Terus merangkul level KING (Level paling tinggi dalam Chocodaps)

Beliau sangat aktif di FB, boleh dikatakan pemasaran beliau fokus mengunakan FB.  Apa yang lebih menarik FRIEND FB beliau baru ada 1600 orang sahaja tapi boleh buat sales 5angka. Nak tahu rahsianya? Baca sampai habis

FB: Nurul Nadhirah

Betulkan SETTING BASIC 

Walaupun perkara ini nampak macam remeh tapi ramai juga yang masih tidak tahu. Jadi saya akan ceritakan jugak terutamanya bagi mereka yang masih baru dengan cara niaga di FB.

Setting profile>

  • Pastikan uools set kan as PUBLIC (baru orang luar boleh lihat FB anda)
  • GAMBAR PROFILE letak gambar anda yang paling CUN/HENSEM. Gambar biar jelas
  • BIO(ringkasan ayat dibawah gambar profile anda). kenalkan diri anda secara ringkas.contoh :Agen Chocodaps

TARIK TRAFFIC KE FB PERSONAL

  • Update minima 4x sehari. Engagement mesti ada CONTENT Contoh seperti dibawah:
    • PAGI : Ucapan Selamat Pagi
    • TGHR : Soft Selling
    • PTG : Santai
    • MLM : Soft Selling

* Untuk permulaan tak perlu nak tgu timing ni betul-betul. Uools post je dlu 4 kali sehari. perlahan-lahan ikut timing diatas. Lepas da post status tu jangan duk tunggu kat situ. Pergi Ziarah wall kawan-kawan. Support bisnes/status mereka dengan memberikan komen-komen POSITIF.

  • BOOM WALL (LIKE lebih 10 status rakan kita). Buat minima Seminggu sekali
  • Status BUAT EJAAN PENUH jgn SHORT FORM (ini untuk naikkan kredibility kita sebagai Seller)
  • BOX STORY TELLING (cerita yang kita buat tu mesti menyentuh hati. cuba baca balik, ada sentuh jiwa sendiri tak)
  • KURANG kan post status WITHOUT INTRO (ini mengurangkan kredibiliti anda sebagai seller)
  • Kena bagitau Crowd /kawan FB apa AKTIVITI BISNES kita seperti Packing Coklat, Stok Sampai, dll
  • BUAT LIVE FB masa buka COKLAT. Jika rasa malu , just fokus video pada COKLAT shj. Sambil2 bercerita tentang keneakan Coklat tersebut. Cara ni selalu k.Nad tekan kan pada team utk konsisten buat dalam tarik traffic FB
  • Orang Jual makanan kena selalu TAYANG MAKANAN bagi orang terliur
  • Belajar buat COPY WRITING yang menarik contoh :

“#CoklatViral ni selalu buat orang lupa diri

Bila masuk mulut rasa manis coklat rasa lemak badam yang seimbang ni  buat rasa nak makan tak behenti.

Rangup sejak kunyahan pertama.Krup krap krup krap.Sedapp.

Makyong yang selera tak menentu n loya je tu.Cuba terai kudapan sedap ni.

Rata-rata feedback puas hati n nak repeat order”

Uools cuba TIRUVASI

  • Engagement FB BUKAN KERJA SEHARI DUA tapi kena konsistent untuk tarik traffic FB
  • Selang seli dengan CONTEST contoh “Contest Coklat PERCUMA utk yang SHARE POST dan POST tersebut mempunyai paling ramai LIKE” uools TIRUVASI
  • Selalu BERKEPOCHI kat wall kengkawan
  • Silent reader tu SIFAT BUYER. Sebagai SELLER kite kena KEPOH bagi tahu kita menjual dan produk kita bagus

Soalan : Macam mana nak dapat FRIEND yang berkualiti?

“Kita kena cari FRIEND yang suka dengan makanan. So, kita pergi pada group-group FB yang berkaitan dengan makanan seperti : Group Masak Apa Hari ni. Kemudian lihat siapa yang selalu komen pada status2 dalam group tu.  ADD FRIEND dan BOOM LIKE pada status-status dia. Selalu bagi engagement pada dia dgn komen pada status dia. Menunjukan yang kita nak berkawan dengan dia. Dari Situ dia akan tengok pada profile FB kita”

  • Aktif buat IKLAN PADA FB GROUP & cuba cari FB group yang berdekatan dengan uools (mudah untuk buat penghantaran), Dalam group ini jangan menjual tetapi more tu sharing ilmu pada mereka
  • Post pada MARKET PLACE seperti mudah.com dll. sehari buat 2x
  • KURANGKAN TEPEK SHARE  pada WALL kita seperti  resepi dll, begitu juga JANGAN lepaskan AMARAH, MEMBAWANG orang lain pada wall kita. Jadikan FB tu tempat Buat DUIT

Soalan: Kenapa nak buat FB LIVE?

FB LIVE ini punya signal sangat cepat. Sebagai SELLER sepatutnya x boleh malu tapi untuk permulaan cuba ajak adik/kakak/abg untuk sama2 live. lama-lama akan biasa”

Soalan: Kenapa kan kalau saya post pasal anak/family dia punya engagemnt like tue berpuluh hingga ratus tapi klo saya jual dia krik krik like nya

“Memang betul, orang kita memang tak suka dengan penjual, dowang akan rasa macam kita ni nak suwo dowang beli produk kita. kebiasaanya kenalan kita seperti family/kawan-kawan yang akan berfikiran begitu. Uools tak perlu nak dapat engagement begitu banyak dapat 10 like pun da kira ok. then slowly u naik kan diri u sebagai seller. lama-lama baru Family/kawan-kawan u start nak mencuba produk kita. benda ni bukan kerja sehari dua tetapi boleh makan bulan”

Soalan: Macam nak tarik orang jadi agen?

Buat LIVE video semasa STOK sampai, tayang coklat tu dan cakap ” saya nak cari 5 agen dikawasan sekian-sekian. kita akan guide dari zero to hero”. jangan takut. kena cerita dan yakinkan mereka macam mana kita boleh bantu dia buat DUIT. bagitau keuntungan coklat ni boleh 100%. kita kena kreatif dalam menyakin kan mereka.

 

Sekian Perkongsian dari Speaker kita

Syukur sangat para Otai Chocodaps sangat berfikiran terbuka dalam membantu team2 lain juga jadi hebat. Saya bangga dengan anda. Semoga rezeki beliau dihujani bagai air terjun. Amin

#Chocodaps
#Coklat
#CoklatDiRaja
#RevolusiCoklatOnlinePertamaDiMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *