TIPS ASAS PEMASARAN COKLAT

Kenapa susah nak jual COKLAT tapi Tengok orang lain boleh buat sales ribu riban. Jika anda ada masalah sebegini saya nak beri sedikit panduan

Ada beberapa sebab kenapa anda tidak mencatatkan jualan seperti yang anda harapkan:

==================
1. Orang Tidak Tahu Anda Wujud
==================
Macam mana nak beli klo dia tak tahu pun anda wujud?
Yg jual secara offline seperti berniaga dipasar malam. Orang yg lalu lalang sedar akan kehadiran anda cuma tinggal dia nak singgah beli atau tidak shj

Tapi yg jual online? Adakah anda benar2 faham bagaimana post FB berfungsi?adakah anda sedar bahawa posting anda itu tidak lalu pun pada fb rakan2 anda
UNTUK PASTIKAN POSTING FB ANDA LALU PADA WALL rakan2 anda. Anda perlu bina ENGAGEMENT(berinteraksi) seperti LIKE & KOMEN pada status2 mereka.Bila mereka BALAS BALIK pada post anda tu tanda anda sudah berjaya. Perlu KONSISTEN dalam hubungan ini utk mereka sentiasa nampak posting anda
SEDIAKAN MASA SEKURANG2NYA 1JAM SEHARI BUAT KERJA LIKE & KOMEN NI

Baru la orang tahu anda jual COKLAT. Berniaga kena SABAR, kejayaan perlukan MASA

=======================
2. Orang Tahu Anda Wujud Tapi Tidak Faham Nilai Yang DiTawarkan
=======================
Engagement da tinggi tapi SALES masih lagi SENDU? Ini berlaku kerana mereka tidak faham Nilai tawaran anda/ Apa masalah yang kita selesaikan?

Untuk makanan seperti COKLAT kita menawarkan makanan hebat yang MAMPU MENENANGKAN KESENGSARAAN TEKAK dengan KESEDAPAN COKLAT YANG BERKUALITI TINGGI. Kita selesaikan MASALAH TEKAK YG MENGIDAM

Anda perlu jelas, sampaikan mesej dengan baik, ringkas dan padat. GAMBAR Yang menarik sangat membantu. Cari/buat gambar yg selesaikan isu diatas

=======================
3.Orang Tahu, Orang Faham Tapi Tidak Memerlukan
=======================
Dah buat promosi, orang sangat jelas nilai kita tapi orang tak beli? Ini kerana mereka tak memerlukan.
Perlu cari golongan sasaran yang TEPAT.  Antara Golongan yang selalu ada masalah seperti diatas adalah:
GOLONGAN WANITA yang berkerja di pejabat
GOLONGAN WANITA yang kerjaya ber’shift
GOLONGAN WANITA surirumah laki kaya
GOLONGAN WANITA mengandung

Ni antara golongan yang sering menghadapi MASALAH KESENGSARAAN TEKAK. Mereka memerlukan bantuan utk melepaskan kesengsaraan tekak mereka sepanjang melakukan pekerjaan. Makanan biasa2 tidak mampu mengubati mereka lagi

======================
4. Orang Tahu, Orang Faham, Perlu Tapi Tidak Setuju Dengan Harga
======================
Ini juga antara cabaran terakhir dalam Jualan. Ertinya Nilai yang kita tawarkan tidak cukup menarik utk pelanggan itu keluarkan wang mereka.

Bagi produk seperti COKLAT . Cara yang terbaik adalah beri mereka RASA SENDIRI.kemudian mereka sendiri  boleh buat perbandingan antara COKLAT MAHAL & COKLAT MURAH

Cuba bandingkan dengan lebih teperinci dengan produk coklat murah yg ada rasa berminyak,kesat,dll.
Cuba masukkan juga  faktor EMOSI. Seperti tahap kepuasan berbanding makan coklat murah
=======================
Perkara diatas adalaha ASAS PEMASARAN COKLAT.  Cuba lihat apakah halangan anda dan cuba cari jalan penyelesaian terhadap semua halangan tersebut. Jadi KREATIF dan PEKA kepada hasil atas setiap tindakan anda. Setiap kali anda cuba membuat jualan, anda sedang mengasah ketajaman skill jualan anda. Sentiasa terus berusaha dan belajar dalam memantapkan skill pemasaran anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *