TIPS LEBATKAN SALES COKLAT MENGUNAKAN INSTAGRAM

TIPS LEBATKAN SALES COKLAT MENGUNAKAN INSTAGRAM

Malam ini kami bawakan Special Guest yang sangat Owsem & Very Consistent dengan Chocodaps Iaitu Cik NURUL FATIHAH ROZALI @ Nama mesranya “Tyhah” . Beliau adalah orang-orang yang terawal bersama Chocodaps. Sudah lebih 2 tahun beliau bersama kami. Average sales bulanan beliau hampir RM10,000/bulan tau. Beliau sememang FOKUS mengunakan Instagram sebagai medium pemasaran Chocodap’s
.
Instagram :  Coklat_kelantan   &   Facebook : Nurul Fatihah Rozali

BASIC SETTING INSTAGRAM@ IG

Secara am nya IG lebih kepada GAMBAR & VIDEO berbanding dengan FB yang lebih tertumpu pada COPY WRITING. Jadi bagi mereka yang kurang seninya dengan COPY WRITING. IG adalah platform terbaik untuk anda

INSTAGRAM ini tidak perlu karang panjang-panjang. IG ini umpama macam KATALOG tau

1. Ruang BIO ( ruangan tersebut di bawah gambar profile)

Pastikan di ruang BIO tersebut ada platform untuk CLOSE SALES. Pada ruangan tersebut Letakkan ‘Call to action’/ link whatsapp . Ini memudahkan Pelanggan untuk terus hubungi anda

2. Gambar PROFILE

Guna kan gambar LOGO  Bisnes tanpa ada tulisan

3. Gunakan nama bisnes

Ada 2 ruang untuk kita isi; Username : [LETAK JENAMA BISNES] ; Nama Akaun :[LETAK NAMA BRAND ANDA ]

Contoh:

Username: Chocodap’s ;       Nama Akaun: Coklat_Kelantan

4. IDEA CONTENT untuk IG

Kongsikan gambar-gambar/ video ‘Behind the Scene’, Tonjolkan gambar-gambar PRODUK yang menarik, Gambar-gambar  MOTIVASI. ‘Shout Out’ sama macam di FB. Untuk Edit gambar gunakan apps. Handphone boleh guna apps CANVA. Dekstop boleh guna apps PABLO.

TEKNIK PRO INSTAGRAM

1.Trending Hashtag

Mengenali Trending Hashtag semasa adalah amat penting sekali dalam pemasaran mengunakan IG. anda boleh google top hashtag di www.websta.me . Ianya berubah setiap hari, jadi anda kena rajin semak.

Ianya sangat membantu untuk naikan follwer IG kita

2. Gunakan lebih 11 Hashtag

Untuk dapatkan engagement yang tinggi anda perlu letak minima 11 hashtag . letak kan hashtag tersebut pada ‘Caption’ atau di IG story post okeh

3. Sambung pautan IG ke FB

Untuk sambung kan IG ke FB anda perlu ‘ON’ kan setting IG ke FB.  Fb tersebut kena buka guna google

4. LIKE dan KOMEN

Like dan Komen pada gambar retis/artis. Komen berdasarkan gambar tu tau JANGAN BERIKLAN pulak. Anda juga boleh Komen mereka untuk minta mereka follow back IG kita

5. TIMING

Ia sama macam FB jugak, dimana masa-masa orang layan handphone. [PAGI-awal permulaan hari lepas bfast] [PETANG-waktu-waktu orang balik pejabat] [MALAM– Lepas solat isyak, kebiasaan orang layan hp]. Engagement akan lebih tinggi Jika tepat pada waktunya

6. ‘CURI’ FOLLOWER PESAING

Cari Niche business yang sama. contoh seperti COKLAT JAR, COKLAT BUBBLE RICE, COKLAT HOME MADE DLL. Follow orang yang like status-status di IG tersebut. Ini Halal ye, likes-likes tu bukan hak milik IG tersebut kan kan

7. Cari Prospek BERDEKATAN

Search kat KANTA tu taip “uni / kolej / tempat makan yang berhampiran” . Senang la nanti kan bila nak hantar pada customer tersebut

8. BUAT REVIEW pada busines/produk kita

Boleh buat PAID Review/ GIFT Review/ FREE Review. Cumanya untuk FREE review ni dowang letak dalam IG Story sahaja bukan pada WALL dowang

=====================================================

Sekian itu sahaja tips dari CIk Nurul Fatihah. jika ingin tahu lebih banyak lagi, Sila Follow & berkawan dengan beliau:

Instagram :  Coklat_kelantan   &   Facebook : Nurul Fatihah Rozali

Ilmu-ilmu ni bukan setakat dari pengalaman tau tapi dari kelas-kelas berbayar yang beliau hadir. Jadi, harapan saya semoga  perkongsian hebat ini memberi banyak manfaat pada anda semua. Mana IG yang da bersawang tu sila bersihkan dan betulkan semula seperti yang diajar oleh beliau.

Saya juga harap anda semua DOAKAN beliau untuk terus dilimpah ruahkan REZEKI yang mencurah-curah. AMIIN

Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *