Tinggal kerjaya Electrical Designer, fokus anak-anak…Kak Nana buktikan duduk rumah pun boleh bergaji macam kerja pejabat!

Suri rumah pun boleh berpeluang dapat gaji macam kerja pejabat tau! Tak percaya?

Ejen Chocodap’s kali ni datang dari Lumut Perak, Pn Shariana Mohd Yusof. Menyertai keluarga Chocodap’s sejak Jun 2020, Sharina atau Kak Nana pernah meraih jualan berkumpulan berjumlah RM 42,000 pada Disember 2020.

Kongsi Kak Nana, sebelum sertai Chocodap’s dia merupakan kakitangan di syarikat minyak & gas. Dek kekangan waktu dan perlu fokus dengan jadual sekolah anak-anak, Kak Nana mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Electrical Designer pada 2007.

“Selepas bergelar suri rumah, saya cuba berniaga sendiri. Pernah juga saya buat Dropship jual pakaian.

“Buat masa sekarang fokus saya untuk jual coklat. Saya juga ada butik coklat iaitu D’Pesona Chocolate House Lumut yang mana semua stok coklat diletakkan di sini,” kata Kak Nana.

Ibu tiga anak ini juga menjelaskan dia punya sebab kenapa memilih sertai Chocodap’s.

“Dengan jual coklat saya dapat macam-macam pengalaman. Antaranya dapat terima ganjaran emas, hasil berniaga coklat saya dapat infaq kepada golongan memerlukan dan saya berpeluang merasa buka booth di pusat beli belah AEON Seri Manjung, Perak baru-baru ini.

“Alhamdulillah kalau ada rezeki, saya harap dapat kekal lama dengan Chocodap’s kerana permintaan coklat sentiasa ada. Kalau anda suri rumah seperti saya, jom sertai Chocodap’s sekarang. Duduk rumah pun boleh bergaji macam kerja pejabat tau,” akhiri kak Nana.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment