Amazing! Ainaa Nabihah tetap komited walaupun baru lepas bersalin, “Harini hari terakhir saya…”

Baru saja selesai melahirkan anak keenam, King Ainaa sempat melunaskan janji untuk menyahut cabaran lakukan FB Live dari hospital.

Wan Ainaa Nabihah Wan Mohamad atau Ainaa sempat berkongsi pengalaman selepas selamat bersalin.

Ainaa menerusi FB Live sempat memberitahu dia tiada selera untuk menjamah makanan tetapi bercadang untuk makan coklat.

“Assalamualaikum. Terima kasih atas doa-doa kalian. Alhamdulillah saya dan bayi sihat. Saya sangat hargai doa yang dipanjatkan untuk saya. Allah SWT makbulkan agar urusan untuk bersalin menjadi mudah. Alhamdulillah memang dipermudahkan.

“Cuma lepas bersalin, biasalah…penat sikit. Tapi harini saya tetap live kerana harini hari terakhir saya sahut cabaran FB Live 30 hari.

“Tak ada selera sangat nak makan tapi Insha Allah lepasni saya nak makan coklat untuk beri tenaga,” kata Ainaa yang tampil ceria di FB Live.

Ainaa yang selamat melahirkan bayi turut bertanya kepada followers di ruangan komen untuk meneka berapa berat bayi yang baru dilahirkan.

Nampak kan betapa komited Ainaa terhadap Chocodap’s, sehinggakan baru lepas bersalin, dia masih tetap gagahkan diri untuk selesaikan cabaran FB Live 30 hari di Chocodap’s.

Buat Ainaa, kami di Chocodap’s ucapkan jutaan tahniah atas kelahiran bayi comel. Semoga dikurniakan rezeki melimpah ruah dengan kelahiran cahaya mata keenam ini. Amin YRA.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment