AMAZING! Jika peniaga lain ‘struggle’ di musim PKP, lain pula bagi Puan Ruby

“It was a life changing experience,” luah salah seorang King Chocodap’s, Rubeniay Lata A/P Vimalanathan.

Kongsi wanita berusia 31 tahun ini, dia sama sekali tidak menyangka hidupnya berubah bukan saja dari segi wang Ringgit malah pemikirannya juga ke arah positif.

“Saya sertai Chocodap’s sebagai ejen sah pada musim PKP tahun lalu. Menariknya jika perniagaan lain agak struggle di musim PKP, berlainan pula bagi saya.

“Rezeki untuk kami sekeluarga kerana keuntungan yang saya peroleh memang luar biasa sejak saya sertai mereka sebagai penjual coklat,” kongsinya teruja.

Akui wanita yang mesra dipanggil Ruby ini, dia benar-benar bermaksud Chocodap’s ibarat ‘Life Changer’ dalam kehidupannya sekeluarga.

“Kalau dulu hidup saya tak begitu ‘umphhh’, maksud saya nak beli apa untuk anak-anak saya perlu berfikir banyak kali.

“Apa lagi nak bantu ibu-bapa, memang jauh sekali. Tetapi semua itu dapat saya lakukan selepas sertai Chocodap’s.

“Percaya tak, sepanjang PKP berlangsung sehingga sekarang, saya mampu untuk menampung wang perbelanjaan untuk ahli keluarga dari urusan makan pakai sehingga ke pendidikan, semua settle. Lebih menggembirakan, suami juga turut membantu menjual coklat,” katanya.

Tambahnya lagi, meskipun masih mempunyai kerjaya tetap sebagai pembantu pentadbir, dia tidak berdepan masalah untuk membahagikan masa.

Dalam masa sama, Ruby juga berhasrat untuk membuka sebuah butik coklat suatu hari nanti.

“Bukan itu sahaja, saya berhasrat jika ada kesempatan rezeki yang lebih, saya mahu sering beri makanan percuma untuk orang kurang berkemampuan,”akhirinya.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment