Awasi tahap kolestrol, mulakan langkah dengan mengambil…

Ramai yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya berdepan dengan masalah kesihatan seperti kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi. Jika tidak dicegah atau dirawat segera, keadaan itu boleh menyebabkan penyakit lebih serius seperti sakit jantung, darah tinggi dan stroke.

Tiada gejala, itu yang membuatkan kolestrol tinggi amat bahaya. Atas sebab itu, anda disaran untuk melakukan pemeriksaan kolestrol selepas mencecah usia 20 tahun.

Jom semak jenis buah-buahan yang dapat menurunkan kadar kolestrol dalam badan!

1. Epal

Epal merupakan buah yang kaya dengan kandungan serat dan terbukti dapat menurunkan kolesterol dalam darah.

Ini kerana ia mampu menyerap kolesterol dan lemak jahat dalam usus dan dikeluarkan daripada tubuh menerusi air kencing dan najis apabila membuang air besar.

2. Mangga

Mangga memang enak tetapi ramai tak sedar bahawa ia mengandungi pelbagai khasiat seperti vitamin C, pektin dan serat yang tinggi dalam membantu penurunan kolesterol dalam badan.

Tidak hanya itu, ia juga merupakan buah yang mampu mengawal degupan jantung dan tekanan darah.

3. Beri

Beberapa kajian mendapati buah beri seperti strawberi, beri biru, beri hitam dan sebagainya dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.

Ia kaya dengan antioksidan yang mampu melawan lemak jahat dalam tubuh manusia.

4. Limau bali

Kolesterol jahat dalam tubuh mampu dicegah dengan pengambilan buah limau bali sehari sekali. Buah ini ternyata mampu menurunkan kadar kolesterol kerana ia mengandungi trigliserida.

5. Anggur

Anggur mengandungi antioksidan yang dapat mencegah peradangan dalam tubuh. Ia juga memiliki flavonoid yang mana mampu mencegah pengumpulan darah dan pengeluaran radikal bebas.

Cukup sekadar makan 200 gram anggur, ia mampu mencegah peradangan sekaligus menurunkan kadar kolesterol dalam darah anda.

Kredit: https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2021/01/17/risau-kadar-kolestrol-tinggi-apa-kata-cuba-amalkan-makan-5-buah-buahan-ini

Comments

  • ivistroy.ru
    07/03/2023 at 11:05 PM

    If you are going for best contents like me, only go to see this website daily because it gives quality contents, thanks ivistroy.ru

Add a comment