Bebas masalah kewangan, Siti Aminah syukur tak perlu ‘tahan poket’ bila bab belanja anak-anak

“Bila dah berniaga coklat, time kereta bunyi sikit je saya dah cepat-cepat hantar bengkel. Tak risau tak cukup duit ke apa. Alhamdulillah atas rezeki bersama Chocodap’s,” demikian luah Siti Aminah Hamdan @ Siti, ejen Chocodap’s yang datang dari Melaka.

Lebih setahun bersama Chocodap’s, banyak perubahan dirasai Siti lebih-lebih lagi kewangannya yang semakin mengukuh.

Tiada niat mendabik dada berkongsi cerita harta, kejayaan Siti sebagai usahawan coklat boleh dijadikan contoh bagi anda yang minat berniaga tapi tiada idea untuk bermula dari mana.

“Apa yang anak-anak hajati, Insha Allah saya dapat tunaikan. Tak payah tunggu hujung bulan boleh beli.

“Part paling best nak keluar makan tak pening fikir bajet. Bila-bila anak ajak makan best, saya terus on!

“Ini rezeki dapat saya berkongsi dengan anak-anak. Syukur sangat dapat bertemu dengan jenama Chocodap’s,” ucapnya syukur.

Ibu tujuh anak yang mengenali Chocodap’s melalui rakan ini bersyukur apabila dapat menghadiahkan anak-anaknya barang kemas sebagai pengganti duit raya tahun ini.

Hasil berniaga coklat selama setahun, dia berjaya menghadiahkan tiga utas gelang, rantai leher dan lima bentuk cincin emas.

“Bukan hanya barang kemas, kalau kereta berbunyi pelik sikit saya cepat-cepat hantar ke bengkel. Berbeza dengan dulu kena tunggu hujung bulan baru saya mampu nak baiki apa yang perlu,” kata Siti yang bekerja sebagai Merchandiser (peniaga jualan runcit) di Nestle.

Secara keseluruhan, Siti berhasil mengumpul jualan peribadi tertinggi sebanyak RM 8183 pada tahun lalu dan RM 7139 untuk tahun 2022 manakala jualan keseluruhan pada tahun 2021 iaitu RM 34,462 (9 bulan) dan RM 16,612 sehingga April 2022.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment