Beli rumah harga setengah juta, bukan ‘kaleng-kaleng’ pengorbanan Rina…

Pahit jerih Nursalfarina Awaludin atau mesra disapa sebagai Rina akhirnya berhasil selepas empat tahun berhempas pulas menjalankan perniagaan coklat di bawah jenama Chocodap’s.

Meskipun mempunyai pekerjaan tetap, Rina memilih mencari alternatif bagi mendapatkan pendapatan sampingan.

“Duduk di Kuala Lumpur memerlukan kos hidup yang tinggi. Apa lagi saya yang sudah mempunyai empat orang anak yang sedang membesar.

“Walaupun saya dan suami mempunyai pekerjaan tetap dan pendapatan stabil, ia bukan alasan untuk kami duduk goyang kaki tunggu gaji hujung bulan.

“Mahu hidup selesa di ibu kota memerlukan lebih usaha,” katanya membuka bicara.

Kongsi Rina, dia bekerja di salah sebuah syarikat swasta terkemuka sejak 14 tahun lalu.

Sepanjang tempoh bekerja, dia dan suami berjaya membeli aset pertama iaitu sebuah rumah.

Namun begitu, Rina enggan terus duduk di zon selesa dan mahu mencuba sesuatu baharu dalam hidup.

“Empat tahun lalu saya menyertai Chocodap’s sebagai ejen. Waktu itu dipanggil ejen Diamond.

“Lama kelamaan saya rasa seronok berniaga coklat malah dapat sambutan di tempat kerja, Kawan-kawan di pejabat merupakan pelanggan tetap jenama coklat Chocodap’s. Alhamdulillah sambutan memang luar biasa,” katanya.

Lebih membanggakan, Rina berhasil membeli sebuah rumah teres dua tingkat yang terletak di Ampang, Selangor baru-baru ini.

“Ini hadiah daripada saya dan suami untuk anak-anak. Hasil kerja keras berniaga coklat, akhirnya kami dapat berpindah ke rumah lebih selesa.

“Lebih menggembirakan saya berhasil melunaskan bayaran ubah suai rumah sebanyak RM 170,000. Alhamdulillah, Allah bantu saya,” katanya.

Menurut Rina, rumah teres dua tingkat itu dibeli dengan harga RM 550,000 dan ini merupakan aset kedua.

Tambahnya, dia mengambil masa enam bulan untuk mengumpul wang kos ubah suai rumah.

“Percaya tak saya hanya tidur empat jam setiap hari. Saya akan masuk tidur pukul 2 pagi dan bangun subuh. Pagi hingga petang saya sibuk di pejabat. Malam pula saya fokus dengan Chocodap’s.

“Letih tetapi untuk berjaya kita perlukan banyak pengorbanan. Syukur dengan penat lelah selama empat tahun ini, akhirnya saya dapat rasa duduk di rumah lebih selesa,” katanya.

Dalam masa sama, Rina juga berpeluang membantu ibu-bapa memberi wang belanja setiap bulan.

“Ayah saya merupakan seorang pengadil dan aktif dalam bidang sukan bola sepak tanah air. Namun selepas wabak Covid-19 melanda dunia, dia antara yang terkesan apabila tidak dapat turun padang.

“Alhamdulillah, saya dapat hulur kepada dia dan ibu dan bantu apa yang patut,” katanya.

Rina yang kini selesa duduk di peringkat King mempunyai lebih 700 ejen dan dropship di bawahnya berharap agar terus dikurniakan kesihatan baik.

“Semoga saya sihat selalu agar terus dapat bekerja, maklum saja saya buat dua kerja jadi guna lebih sikit tenaga. Dapat juga saya bantu orang sekeliling untuk menjana pendapatan seterusnya beri keselesaan kepada yang tersayang,” akhiri Rina.

Untuk rekod, team Rina berjaya mencecah jualan sebanyak RM 109,000 pada Mac 2021 sekaligus memecah rekod sepanjang bergelar ejen Chocodap’s, Tahniah Rina & team!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment