Buang karakter pemalu, Chocodap’s berjaya ubah Gomathy!

Seronok meskipun ini merupakan pengalaman pertama berniaga coklat!

Bagi Gomathy Kesavan, dia tidak mempunyai sebarang pengalaman berniaga sebelum ini berikutan mempunyai kerja tetap dan memiliki karakter pemalu. Ya lah, selalunya bila orang berniaga kan selalu jenis banyak bercakap kan?

“Kesibukan di pejabat membuatkan saya berfikir beberapa kali untuk mula berniaga. Tambahan saya agak segan untuk approach orang terutama dalam bab menjual.

“Tetapi selepas join Chocodap’s, perlahan-lahan saya mula yakin dengan kebolehan diri,” katanya yang memegang jawatan sebagai senior executive di salah sebuah syarikat swasta.

Melihat jenama Chocodap’s semakin meningkat naik, Gomathy bertambah yakin dengan keputusan menyertai keluarga besar coklat tempatan ini.

Mula bersama Chocodap’s pada 17 Mei 2021, Gomathy gembira dengan sambutan diterima.

“Banyak hal yang saya dapat belajar bila buat bisnes Chocodap’s. Salah satunya saya dapat tambah kenalan yang positif untuk sentiasa maju ke depan.

“Kalau dulu saya sendiri ragu-ragu untuk berniaga sebab saya risau bila approach kawan, bimbang tak ada respon. Ternyata salah sangkaan saya. Betul kata orang, belum cuba belum tahu hasilnya,” katanya yang kini berada di peringkat Commando.

Gomathy juga memperoleh jualan mencecah RM5000 pada bulan pertama dia menyertai Chocodap’s. Kesibukan di pejabat bukan halangan untuk buat side income ya!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment