Buat sampai jadi! Dulu selalu berangan nak ada billboard sendiri, sekarang berdiri sebelah sifu

Kerana angan-angan itu kan FREE. Benda free, kenapa nak sia-siakan? Jadi teruskan berangan! Tapi ingat, jangan sekadar berangan tanpa doa dan usaha. Itu sia-sia.

Dulu selalu nampak Billboard orang hebat-hebat di tepi highway, selalu pasang angan-angan satu hari nanti nak nampak Billboard Chocodap’s kat sini.

Alhamdulillah rezeki dari Allah, dapat berada disini sebelah dengan sifu Najib Asaddok yang mana pernah menjadi guru kami pada permulaan bisnes Chocodap’s. Antara ilmu beliau yang kami gunakan dan bantu kami bertahan pada ketika itu.

Sekarang dapat sekelas dengan sifu Najib berMenthorkan Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Kita tak pernah tahu apa yang akan jadi dengan masa depan kita. Tapi kita mampu merancang dan usaha ke arah apa yang kita nak capai.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, pasti ada jalan ceritanya. Sabar dan teruskan usaha!

TRUST THE PROCESS

BUAT SAMPAI JADI💪🏻💪🏻💪🏻

Ticer Sarah
Founder Chocodap’s
Lahirkan Jutawan Chocodap’s

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment