Bulan puasa, risau tekak cepat haus. Ikut tips elak dehidrasi sepanjang Ramadan…

“Haus betul tekak ni, padahal dah minum banyak pagi tadi”

Pernah tak korang berdepan dengan situasi begini? Tiba-tiba tekak menjadi haus walaupun dah minum segelas dua di waktu sahur.

Seseorang yang berpuasa lebih berisiko untuk mengalami dehidrasi dengan beberapa gejala seperti mulut terasa kering, pening dan mual selain penghasilan air kencing yang sedikit dan berwarna gelap.

Bahaya jika hal ini berterusan. Amalkan langkah ini bagi memastikan tubuh badan terus sihat sejahtera sepanjang berpuasa.

1) Minum air secukupnya ketika bersahur, berbuka dan sebelum tidur. Lapan ke 12 gelas atau dua liter sehari.

2) Elak air manis kerana kadar gula dapat menyebabkan rasa haus.

3) Elak minuman berkafein seperti kopi, teh atau coklat. Minuman diuretik boleh meningkatkan pengeluaran air kencing.

4) Banyak pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

5) Elak ambil makanan yang tinggi kandungan garam kerana boleh meningkatkan rasa haus.

Boleh cuba esok, Insha Allah kurang sikit tekak rasa haus tu! Amalkan tips ini dalam menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment