Cabaran besarkan enam anak seorang diri, Jalina impi hidup selesa dengan mula berniaga

Meskipun pelbagai cabaran perlu dilalui sebelum tiba di puncak kejayaan, Jalina Talib tetap berusaha dan tidak berputus asa memperbaiki diri memajukan perniagaan.

Tambahan Jalina yang membesarkan enam orang anak sendiri, dia harus kuat meskipun ada kala semangatnya rapuh.

“Enam anak saya sedang membesar, tiga dah di Universiti manakala tiga lagi masih bersekolah.

“Banyak hal yang perlu saya fikir memandangkan saya seorang ibu tunggal tetapi itu bukan alasan untuk saya terus lemah menyediakan keselesaan untuk anak-anak.

“Atas sebab itu juga saya pilih untuk ceburkan diri dalam bidang bisnes dan saya pilih untuk bersama Chocodap’s,”tuturnya lembut.

Kongsi wanita 49 tahun ini, dia bersyukur dipertemukan dengan Chocodap’s sejak tahun lalu dan menyifatkan perniagaan ini ubah dirinya.

“Dengan bisnes coklat inilah saya berjaya bayar hutang-hutang yang ‘menjerat’ diri selama ini.

“Alhamdulillah perlahan-lahan semuanya selesai dan saya nak simpan duit untuk keselesaan anak-anak di masa depan terutama dalam pendidikan mereka. Saya impikan hari tua yang selesa dan kalau boleh saya nak bertahan bersama Chocodap’s untuk jangka masa panjang,” katanya.

Jalina yang masih memiliki pekerjaan tetap bercadang untuk fokus kepada dunia coklat dalam masa terdekat.

Dia yang sebelum ini menetap di Raub kini berpindah ke ibu kota nekad memulakan permulaan baru dan berharap segalanya akan dipermudahkan Allah SWT.

Untuk rekod, Jalina pernah meraih jualan peribadi sebanyak RM 1500, baru-baru ini.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment