Cabaran ibu tunggal lima anak, Julina Alonto pasang niat untuk…

Bukan kemahuannya bergelar ibu tunggal pada usia muda namun dia akur dengan takdir yang direncana.

Bagi Julina Alonto atau lebih mesra disapa sebagai Lina, dia kini menjalani kehidupan seharian dengan tabah membesarkan lima orang anak yang masih kecil.

“Saya memiliki lima cahaya mata berusia antara dua hingga 16 tahun dan saya merupakan perniaga coklat dan kek sepenuh masa,” kongsinya memulakan perbualan.

Wanita berusia 37 tahun ini ketika dihubungi memberitahu hasratnya untuk berjaya sebagai usahawan Chocodap’s bagi mengubah nasib keluarga.

“Melihat mentor-mentor, saya juga mahu berjaya seperti mereka satu hari nanti.

“Saya mahu tambah pendapatan yang ada demi memberi keselesaan untuk anak-anak,” jelasnya.

Kongsi Lina yang kini menetap di Tawau, Sabah, dia masih merupakan seorang penjual kek yang aktif sehingga kini.

“Saya mula kenal dengan Chocodap’s selepas menggunakan coklat ini untuk hiasan di atas kek yang dijual. Bila dah rasa sekali, memang sedap.

“Bila saya promosi kan di laman sosial, permintaan tinggi. Jadi saya terus mendaftar sebagai ejen. Saya berterima kasih dengan Kak Khairani Lim yang banyak membantu saya untuk menjadi usahawan Chocodap’s.

“Doakan perjalanan saya bersama Chocodap’s dipermudahkan. Dapat saya bahagiakan anak-anak,” akhirinya.

Sementara itu, Lina memberitahu dia pernah membeli sebentuk cincin emas hasil daripada menjual Chocodap’s.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment