Dilema wanita selepas berkahwin, kerja atau jadi suri rumah?

Isteri: Nak kerja ke duduk rumah? Sebelum ni memang dah biasa pegang duit sendiri. Hurm mana yang patut saya pilih.

Suami: Awak duduk je rumah, bukan saya tak mampu nak sara kita anak beranak.

Untuk para isteri, mungkin ada di antara anda yang pernah berdepan situasi begini. Bukan semua tetapi pasti ada.

Yang dahulunya seorang aktif bekerja, ke sana ke mari tiba-tiba duduk di rumah mengurus hal rumahtangga.

Sudah menjadi tugas wajib bagi suami untuk menyediakan kesemua keperluan si isteri dan anak-anak. Tempat tinggal selesa dan segala kemudahan yang diperlukan.

Namun begitu, tak salah juga kalau si isteri keluar bekerja untuk merasa duit sendiri. Nak buat apa & beli apa pada bila-bila masa, lebih indah rasanya.

Tak kira pekerjaan apa yang anda lakukan, bisnes online seperti jual kosmetik atau makanan, banyak kelebihan kalau mempunyai kewangan sendiri;

1) Sediakan payung sebelum hujan

Bukan nak minta tapi untuk dalam keadaan berjaga sahaja. Sekiranya sesuatu terjadi dalam keluarga, duit yang anda peroleh dari pendapatan sendiri itu boleh digunakan ketika dalam situasi kecemasan.

2) Tambah keselesaan di rumah

Pendapatan yang ada boleh digunakan untuk membantu suami meringankan beban lebih-lebih lagi dalam urusan kelengkapan rumah. Lebih bagus kan, wang simpanan untuk anak-anak juga bertambah & kehidupan juga selesa tanpa perlu ikat perut.

3) Duit untuk mak ayah

Walaupun sudah berkahwin, jangan dilupa tanggungjawab terhadap ibu-bapa. Sebagai anak, menjadi tanggungjawab kita untuk ingat jasa mereka membesarkan sewaktu dari kecil sehingga sudah menjadi manusia berjaya. Jika ada kewangan sendiri, anda tak perlu risau jumlah yang nak diberi kepada ibu-bapa, duit hasil sendiri kan, siapa nak tegah?

4) Bayar hutang pendidikan

Bila tamat belajar, mungkin ada di antara kita yang perlu melunaskan hutang dengan PTPTN, MARA atau sebagainya. Bila ada duit sendiri, mungkin anda tidak perlu bebankan kewangan suami setiap bulan.

5) Ada ‘Me Time’

Ada yang suka duduk rumah sepanjang hari dan lakukan kerja-kerja rumah. Tetapi ada yang bila duduk rumah, cepat bosan. Ada kala terasa nak jumpa kawan tetapi fikir kerja rumah yang tak siap-siap lagi.

Mungkin ada yang penat lakukan kerja rumah, sidai baju, basuh baju, hantar anak ke sekolah, memasak dan ulang aktiviti sama setiap hari.

Ada juga para isteri yang menggunakan alasan tak mahu sunyi di rumah lalu mencari kerja bagi hilangkan rasa bosan.

Namun, apakah ‘harga’ yang perlu dibayar? Anak-anak perlu hantar ke nursery.

Semoga anak yang dihantar ke rumah pengasuh atau nursery, sentiasa dilindungi Allah.

Namun begitu, sebagai isteri kita harus akur dengan kehendak suami. Jika suami berkemampuan untuk menyediakan segalanya untuk si isteri, tak salah untuk anda bergelar suri rumah. Sekurang-kurangnya dapat melihat anak-anak membesar depan mata.

Namun begitu bagi suri rumah yang teringin untuk mulakan bisnes online, sertai Chocodap’s hari ini. Walaupun bergelar suri rumah, anda berpeluang menjana pendapatan seperti seorang CEO.

Whatsapp kami sekarang untuk pertanyaan dan pendaftaran sebagai agent atau dropship;

012- 945 7040

012- 945 7040

012- 945 7040

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment