Diuji masalah kesihatan, penceraian, ini cara Kak Pya bangkit cari bahagia!

Cabaran bergelar ibu tunggal bukanlah satu hal yang mudah ditambah pula apabila hak penjagaan anak-anak berpihak kepada si ibu.

Bagi Safiyah Kamsani, dia tekad untuk tidak lagi menoleh ke masa lalu dan mahu membina hidup baharu bersama dua cahaya mata.

“Bawa status ibu tunggal pada awal tahun ini bukan satu hal yang saya pernah bayangkan dan ia bukan hal yang mudah. Sebelum ini, saya melalui bahtera perkahwinan selama sembilan tahun.

“Saya juga tidak mahu salahkan takdir atas apa yang terjadi. Mungkin ini sudah takdir kami berdua, jodoh kami setakat ini sahaja,” katanya reda.

Dalam masa sama, Safiyah atau lebih mesra disapa Kak Pya turut berdepan dengan masalah kesihatan sejak 2015.

“Sebelum bercerai, saya terlebih dahulu diuji dengan masalah kesihatan apabila doktor mengesahkan saya menghidap Slip Disc (sakit pada tulang belakang). Waktu itu saya bekerja sebagai Account Admin di sebuah syarikat swasta.

“Masalah kesihatan membuatkan saya sukar untuk fokus di pejabat. Saya masih ingat lagi sekitar tahun 2017, saya mengambil ubat tahan sakit, muntah banyak kali sehingga membuatkan saya perlu berulang alik ke tandas.

“Lama juga saya berfikir sebelum nak letak jawatan. Namun begitu, saya percaya kepada rezeki Allah SWT itu sangat luas. Jadi saya letak jawatan dan mula bekerja sendiri,” ujarnya tenang.

Jelas Kak Pya, dia bersyukur bertemu dengan bisnes Chocodap’s yang banyak merubah dirinya apatah lagi selepas berpisah dengan suami.

“Saya beruntung kerana saya mempunyai pendapatan sendiri selepas bercerai. Pendek kata, jika saya seorang suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan tetap, bagaimana saya nak survive?

“Walaupun saya diuji dengan masalah peribadi dan kesihatan, Alhamdulillah Allah SWT kurniakan kehidupan selesa buat saya dan anak-anak.

“Lain orang, lain cara mereka untuk dapatkan kebahagiaan. Ini cara saya kecapi kebahagiaan iaitu dengan menjual coklat. Dalam masa sama dapat juga saya berkongsi rezeki dengan keluarga tersayang,” akuinya yang bahagia bergelar penjual coklat, Chocodap’s.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment