Diuji patah kaki, tak mampu bekerja empat bulan, “Saya jumpa kakak nak pinjam RM100, dia suruh buat…,”

Peristiwa yang menimpa Mohd Tasnim Ariffin atau Azim ternyata merubah seluruh kehidupan dia dan keluarga.

Malang tak berbau! Ketika sedang asyik mencari rezeki Felda Keratong, Pahang, Azim mengalami kecederaan serius selepas terjatuh sekaligus membuatkan dirinya tiada upaya berjalan.

Azim yang berusia 26 tahun ini pada awalnya buntu memikirkan nasib masa depan dia dan anak-anak.

“Kalau dulu masa sihat saya boleh ke sana sini cari rezeki. Masa tu saya hanya duduk. Boleh jalan tapi perlu bantuan tongkat.

“Bohonglah kalau saya cakap tak sedih dengan nasib waktu tu. Tetapi Allah SWT ada perancangan lebih hebat selepas kejadian itu,” kata Azim.

Desakan hidup pada waktu itu membuatkan Azim pergi berjumpa dengan kakak sulung meminta bantuan.

“Saya masih ingat masa tu nak pinjam RM 100 dari kakak. Tapi kakak bagi syarat, nak duit boleh tapi kena usaha. Saya tanya usaha apa? Dia kata kau belajar jual coklat-coklat ni.

“Saya pun tak fikir lama terus buat apa yang kakak suruh. Betul juga cakap kakak, nak duit kena usaha. Mana ada duit datang bergolek gitu saja kan?

“Dengan bantuan sosial media dan WhatsApp Group, habis licin 10 paket Chocodap’s yang kakak minta saya jual. Maka dapatlah hasil RM 100 yang saya nak pinjam tu.

“Menariknya, ada lagi order masuk esok dan seterusnya. Terus saya tanya kakak kalau nak jadi Dropship boleh ke. Dah tentu kakak galakkan saya mula bisnes, dalam masa sama dia bantu saya bangkit semula selepas melalui fasa sukar dalam hidup,” katanya yang merupakan adik kepada ejen Fifi Aini.

Kalau nak tahu, dalam tempoh sebulan berniaga coklat, Azim berjaya meraih jualan lebih RM 1000 pada bulan pertama. Masuk belum kedua dan bulan seterusnya, angka terus bertambah.

Hasil Chocodap’s juga Azim berjaya membeli telefon pintar untuk kegunaan berniaga. Bukan itu saja, Azim dan isteri juga mampu melangsaikan bil-bil setiap bulan. Best kan?

Kongsi Azim, dia amat berterima kasih kepada kakaknya yang banyak memberikan semangat untuk bangkit selepas empat bulan berdepan dengan masalah kesihatan.

“Saya masih berulang alik ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dari masa ke semasa.

“Sekarang saya sudah bekerja di Telekom Malaysia dan selepas waktu bekerja saya berniaga Chocodap’s di depan CIMB Aeon Seremban 2.

“Kalau ada yang lalu di situ jangan lupa singgah. Boleh nampak saya letak coklat di atas meja. Doakan bisnes saya semakin laku dan maju ya,” tutup Azim mengakhiri perbualan di telefon.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment