“Dulu segan nak FB Live, sekarang dah tak lagi!” – Kak Azdah

Kalau dulu, orangnya ‘malu-malu kucing’ gitu nak buat LIVE di Facebook, tapi kini tak lagi!

Ejen Chocodap’s kali ini datang dari Subang Jaya, Puan Nor Azdah Bt Meor Azid @ Kak Azdah.

Kongsi Kak Azdah, dia mula menyertai Chocodap’s pada 1 Januari 2021 dan akuinya banyak hal dipelajari sepanjang bersama Chocodap’s.

“Kalau mula-mula join bisnes Chocodap’s ni, saya memang segan sangat nak buat live di FB. Tapi saya tahu, nak berniaga kita kena buang sifat segan silu untuk promosi secara online atau offline. Dua platform ini pasti beri pulangan sekiranya kita all out menerusi platform media sosial.

“Alhamdulillah dibantu oleh leader saya, Mama Ha @ Zaleha Saman, banyak benda saya dapat belajar antaranya dah berani buat FB Live dan bertik-tok. Nak berniaga kena yakin kalau tak macam mana orang di luar sana nak yakin dengan produk kita jual. Betul tak?,” kata kak Azdah bersemangat.

Kongsi wanita berusia 47 tahun ini lagi, banyak cara untuk menjana wang dengan sertai bisnes Chocodap’s.

“Saya juga ambil tempahan buat jambangan coklat, surprise box dan goodies.

“Saya sendiri juga seorang yang suka sangat makan coklat. Jadi tiada masalah untuk saya jual Chocodap’s sebab saya sendiri minat makan dengan produk yang saya jual,” katanya.

Masih bekerja di salah sebuah pusat beli belah terkemuka di Subang Jaya, Kak Azdah berharap perjalanannya bersama Chocodap’s terus dipermudahkan.

Bulan Disember lalu, Kak Azdah memperoleh jualan tertinggi sebanyak RM5000 dan kini berada di peringkat Captain.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment