Keluarga Chocodap’s santuni anak anak Maahad Tahfiz Masjid Pangsun

Alhamdulillah…Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada anak-anak Maahad Tahfiz Masjid Pangsun kerana memenuhi jemputan dari pihak Chocodap’s HQ pada Jumaat lalu.

Majlis doa selamat yang berlangsung selepas solat Jumaat lepas turut disertai oleh seluruh kakitangan Chocodap’s.

Dalam majlis itu, seramai 16 orang pelajar Maahad Tahfiz Masjid Pangsun menyempurnakan acara bacaan yasin, solat hajat dan doa selamat.

Insha Allah, semoga Allah SWT izinkan untuk kita bersua lagi. Doakan agar Chocodap’s terus diterima seterusnya mendapat sambutan di luar sana. Terima kasih sekali lagi dari seluruh warga kerja Chocodap’s.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi…

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment