Hati-hati musim banjir, JANGAN sesekali lakukan hal ini…

Bencana banjir yang melanda di beberapa buah lokasi di ibu negara menyebabkan ramai kehilangan harta benda dan ada juga yang kehilangan ahli keluarga.

Banjir juga mengakibatkan kerosakan harta benda dan juga gangguan perkhidmatan termasuk kerosakan infrastruktur.

Berikut beberapa langkah keselamatan bagi menghadapi musim banjir bagi memastikan situasi tetap terkawal dan semuanya dalam keadaan selamat. Insha Allah!

Jika anda berada di dalam kereta, JANGAN sesekali cuba mengharungi kawasan banjir. Patah balik ke tempat lebih selamat.

Sekiranya kereta anda terhenti, kunci kereta dan segera tinggalkan kereta dan berteduh di tempat lebih selamat. Ingat, harta boleh dicari tetapi nyawa tiada galang ganti.

Jika anda berada di dalam rumah, selamatkan diri dengan berlindung ke tempat lebih tinggi. Jangan sentuh kabel atau wayar yang jatuh.

Yang ada anak kecil, jangan bermain di kawasan banjir & penting sekali jangan minum air banjir.

Selepas banjir dah reda, jangan terus kembali ke rumah sebelum keadaan benar-benar pulih.

Bila masuk rumah, periksa sama ada, ada rekahan atau retakan. Rumah berkemungkinan tidak selamat bila ada retakan.

Yang penting, pakai kasut, periksa ancaman bahaya, periksa wayar eletrik yang terendam (jangan pegang). Laporkan sebarang kerosakan kemudahan awam kepada pihak berkuasa.

Pastikan berhati-hati tidak kira di mana anda jua berada!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment