Hidup kena aktif lepas pencen, Kak Rob nak kekal sihat dengan berniaga, ”Asyik makan tidur tak sihat nanti”

Bila usia dah cecah 60-an, pasti ada di antara anda yang buntu untuk duduk di rumah tidak bekerja. Tambahan yang dah biasa bekerja sejak muda

Bagi Kak Rob @ Robaiah Zainudin yang pencen sejak dua tahun lepas, dia mengambil inisiatif untuk mula berniaga.

“Dah biasa kerja bila suruh duduk rumah saya risau. Kalau tak buat apa badan mula lah jadi sakit. Makan tidur pun tak baik untuk badan. Sesekali kena sibukkan diri dengan ibadat dan juga kerja-kerja yang kita minat,” pesan wanita berusia 62 tahun ini.

Ceritanya lagi, bimbang jatuh sakit dia mencuba berniaga produk tempatan, dari satu ke satu jenama tetapi semuanya terhenti separuh jalan.

Tiada niat untuk bersikap acuh tak acuh tetapi tiada panduan yang konsisten dari founder itu sendiri membuatkan dia sebenarnya tawar hati untuk meneruskan.

Segalanya berubah bila Kak Rob bertemu dengan Chocodap’s sejak tahun 2020. Kata wanita 62 tahun ini, dia mula nampak hala tuju dalam dunia bisnes makanan.

“Bukan sekali dua saya try berniaga jadi ejen, banyak kali. Tapi semuanya tak menjadi. Founder pun ada yang mula-mula semangat, bila dia pun lemau. Apatah lagi anak-anak ejen.

“Tapi saya syukur bila dapat kenal dengan Chocodap’s. Founder sentiasa konsisten dan leader juga banyak membantu untuk kak Rob terus semangat untuk berbisnes.

“Saya jual benda yang saya sendiri minat. Macam coklat saya memang mula-mula asalnya pembeli. Lama-lama bila dah suka beli saya terfikir nak jadi ejen dan sekarang saya pula menjual. Seronok dapat jumpa ramai pembeli dan dapat kenal ramai orang.

“Leader pula tak lokek ilmu bisnes. Banyak yang saya belajar sejak join Chocodap’s. Alhamdulillah,” kata Kak Rob ketika dihubungi.

Kak Rob yang juga merupakan rakan niaga Datin Zarina kini giat mempromosikan Chocodap’s di AEON Mall Shah Alam.

Selepas hampir empat bulan berada di sana, Kak Rob memberitahu dia melihat potensi cerah Chocodap’s untuk pergi lebih jauh dalam sektor bisnes makanan.

“Seronok berniaga di booth. Macam-macam ragam dekat sini. Kena reject itu biasa tapi jangan ambil hati. Nak berniaga hati kena kental,” pesannya kepada usahawan yang berniaga atas talian atau offline.

Bekas Eksekutif Pengeluaran di Western Digital ini juga berharap lebih ramai di luar sana yang mengambil inisiatif untuk ubah hidup dengan mula berniaga.

“Sekarang macam-macam cara nak bantu naik taraf ekonomi keluarga antaranya mula berniaga. Takda modal? Banyak produk yang tawarkan jadi ejen tanpa modal ataupun modal serendah RM50. Yang penting usaha mencari. Jangan risau, ada usaha Allah SWT pasti nampak dan bantu,” katanya.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment