‘Jika berkesan pada saya, mesti ia berkesan untuk anda’- CEO Chocodap’s

The struggle is real & I keep doing this...

Saya teruskan perjalanan yang sangat mencabar ni kerana saya berjaya meraih pendapatan dengan coklat. Saya sangat PERCAYA, jika ia berkesan pada saya mesti ia juga berkesan untuk anda di luar sana.

Saya sangat PERCAYA bisnes yang saya bina ini BOLEH BANTU ramai orang. Saya terus memegang visi ini, saban hari saya lihat semakin ramai yang beroleh pendapatan. Makin lama pendapatan mereka makin besar. Makin lama makin ramai. Buat saya lagi bertambah semangat menperjuangkan VISI saya.

Bila terjumpa gambar lama (awal 2016), zaman mula sepenuh masa dengan Chocodap’s, kami bekerja sampai 2-3 pagi membungkus coklat, anak-anak pun masuk store sebab takut tidur tanpa kami. Mereka tunggu sampai tertidur. Sayu hati ni tengok dia tidur dalam celahan kotak.

Tapi saya percaya ini semua hanya sementara.

Alhamdulillah, berkat sokongan dan doa anda, tahun demi tahun Chocodaps terus berkembang. Tahun 2021 menyaksikan syarikat mempunyai gudang yg mampu simpan 48 tan coklat dalam satu masa dibantu oleh ebih 38 pekerja secara keseluruhan.

Doakan kami terus memecut ke arah kejayaan!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment