Karakter bertukar lepas sertai Chocodap’s, ada apa dengan Cikgu Mas?

Kalau ditanya kenapa berminat sertai Chocodap’s sebagai ejen, rata-rata akan menjawab, mahu menjana pendapatan lumayan setiap bulan. Ada pula yang memang ‘hantu coklat’, Nampak coklat berkilo-kilo dalam rumah, gerenti happy seharian!

Bagi Cikgu Maslina Mohamed Soa’aid, wang bukan lah faktor utama dia menyertai Chocodap’s. Mengakui dirinya seorang yang pemalu sebelum ini, Cikgu Mas Berjaya membuang karakter itu perlahan-lahan selepas bergelar penjual coklat.

“Kalau nak tahu, saya dan suami memang pemalu orangnya. Jadi bila dah berjinak dengan perniagaan coklat, kami dapat asah kemahiran berkomunikasi dengan orang yang baru kami kenal.

“Terutama bila pergi COD coklat, macam-macam jenis pembeli yang kami temui. Dari situ, saya dapat juga asah communication skill. Bukan itu saja, bakat menggubah chocolate bouquet juga mula keluar bila dah jadi peniaga Chocodap’s.

“Pendek kata, macam-macam ilmu saya dapat selepas sertai Chocodap’s,” katanya ketika dihubungi.

Cikgu Mas yang merupakan ibu kepada lima anak ini juga memberitahu pekerjaan suaminya antara yang terjejas ketika pandemik bermula.

“Tempat kerja suami ditutup pada bulan Mac. Dia pula pemalu orangnya, kalau bab buat iklan pemasaran, saya yang handle manakala urusan pembungkusan dan penghantaran, dia lebih arif. Tetapi bila dah jumpa pembeli, secara tak sedar sedikit demi sedikit kami dapat kurangkan sifat pemalu yang ada dalam diri. Lebih berkeyakinan ketika berdepan dengan orang baru dikenali.

“Bisnes coklat juga dapat hilangkan tekanan. Saya merupakan seorang guru dan tugas sebagai pendidik bukan satu hal yang mudah. Jadi bila saya rasa stress, saya pergi COD ke, buat gubahan coklat. Walau hanya gamkan coklat ke lidi, hati saya jadi seronok,” kongsinya.

Wanita berusia 45 tahun ini nekad untuk bekerja lebih keras dalam merancakkan bisnes Chocodap’s yang diusahakan sejak Januari 2021.

“Sebagai peminat coklat saya bukan sahaja nak enjoy menikmati coklat di rumah tetapi saya nak jana pendapatan untuk simpanan masa depan. Walaupun saya ada kerja tetap tapi besar harapan saya untuk Berjaya bersama Chocodap’s seterusnya membantu bakal usahawan di luar sana,” akhirinya.

Cikgu Mas berhasil meraih jualan berkumpulan sebanyak RM 11,923 sejak mula menyertai Chocodap’s awal tahun ini.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment