Lepaskan kerja tetap, pasangan suami isteri ini nekad buka kiosk, “Keluar zon selesa, cabar diri dengan berniaga”

“Sebelum ni ada pekerjaan tetap dan isteri pula bekerja sebagai pegawai Kerajaan sebelum ambil keputusan bersara awal. Kami keluar dari zon selesa, cabar diri dengan cuba sesuatu yang baru dengan berniaga coklat,” itu kata Encik Rahmat Shahbudin @ Abang Mat yang kini bergelar usahawan Chocodap’s sepenuh masa.

Bapa enam anak yang kini mengusahakan sebuah kiosk coklat yang terletak di dalam pasaraya GIANT, Batu Caves memberitahu dia dan isteri tidak menyesal dengan keputusan dibuat untuk bekerja sendiri.

“Ada pro and cons antara bekerja makan gaji dan bekerja sendiri. Kalau dulu ada gaji tetap masuk setiap hujung bulan dengan jumlah yang sama. Bila dah kerja sendiri kita boleh dapat lebih dari itu dengan syarat kena lah rajin berusaha. Lagi satu dari bab pengurusan masa, bekerja sendiri kita boleh jadual aktiviti, masa lebih flexible.

“Sebelum berbisnes, kami ada kewangan mampan dengan income RM 10,000 setiap bulan. Kira selesa untuk kami anak beranak. Untuk maintain gaya hidup dan keperluan keluarga yang berkualiti, ini merupakan BIG WHY saya untuk lakukan yang terbaik dalam bisnes Chocodap’s.

“Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan perjalanan kami selepas berhenti kerja. Kami akui memang ada cabaran buka kiosk, macam-macam proses kena lalui. Tapi tak apa, cabaran itulah yang menjadikan kami suami-isteri terus kuat dalam bisnes,” katanya.

Bercerita tentang pengalaman berniaga Chocodap’s, Abang Mat berkata dia pernah didatangi seorang pembeli yang menempah 100 pek Truffle Yogurt untuk diterbangkan ke Filipina.

“Cuwak juga masa tu. Ya lah dalam masa 12 jam nak settlekan 100 pek Truffle Yogurt. Alhamdulillah kami berjaya siapkan tempahan dan pembeli selamat bawa pulang kesemua Truffle Yogurt ke sana. Kira jenama Chocodap’s dah sampai ke Filipina tau,” katanya bersemangat.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment