Maju terus pantang mundur! Hampir putus asa berniaga, Chocodap’s berjaya ubah hidup Kak El

Pernah cuba pelbagai jenis bisnes sebelum ini namun tak nampak hasil memuaskan. Itu luahan Eliza Nurul Ain Mohd Rajali @ Kak El yang hampir putus asa untuk kembali ke dunia niaga.

September 2020 membuka lembaran baharu apabila pertama kali kenal dengan jenama Chocodap’s yang merubah persepsi dirinya terhadap dunia bisnes online.

“Banyak produk saya cuba jual tapi tak pernah kekal lama. Jujur cakap Chocodap’s brand pertama yang paling lama saya usahakan.

“Paling senang nak jual dan paling penting mudah untuk kita penuhi impian orang sekeliling.

“Sistem ejen yang sistematik dan mesra pelanggan, amat mudah untuk para ejen grow di sini,” kata kak El.

Bukan itu je, Kak El turut memuji kesungguhan founder dan CEO Chocodap’s yang amat konsisten dalam berkongsi ilmu kepada para ejen di bawah jenama mereka.

“Sentiasa ada bimbingan. Jangan risau kalau anda tak pandai berniaga. Buat first timer, bahan marketing dan bagaimana untuk kita mula berniaga semuanya disediakan oleh pihak HQ termasuk leader yang banyak membantu agar kita tak hilang fokus,” katanya.

Wanita kelahiran negeri Kelantan dan kini menetap di Putrajaya ini memberitahu banyak impak positif diterima selepas bersama Chocodap’s.

“Dulu susah nak menyimpan duit. Belum sampai hujung bulan dah pening kepala. Sekarang Alhamdulillah, saya selesa dan tak berkira-kira untuk hulur bantuan kepada keluarga yang memerlukan bantuan kewangan.

“Saya masih bekerja dan tak perlu tunggu gaji bulanan bila nak beli apa-apa. Alhamdulillah rezeki yang ada dapat saya kongsi dengan orang-orang terdekat.

“Siapa sangka jual coklat atas talian pun besar manfaatnya,” katanya.

Kongsi kak El lagi, dia juga menerima ganjaran loket emas dari leader dan berhasil membeli seutas rantai emas hasil keuntungan berniaga Chocodap’s.

Dalam pada itu, kak El memasang impian untuk membeli sebuah rumah tak lama lagi dan berharap impian dapat menjadi kenyataan pada tahun 2025.

Semoga kak El terus sukses bersama Chocodap’s dan segala niat yang diimpikan menjadi kenyataan tak lama lagi. Insha Allah!

Comments

  • Yong Aizat
    05/30/2022 at 12:16 PM

    Masyaallah..tahniah El..moga terus cemerlang 🤩🤩

Add a comment