‘Nak ambil gaji sendiri pun tak cukup,’ Kak Nom kongsi pengalaman sebelum sertai Chocodap’s

Dalam dunia bisnes, pasti ada pasang surutnya. Di waktu puncak, hasil pulangan memang memuaskan. Tetapi perjalanan berniaga tidaklah selalu indah bagai disangka. Ada ketika peniaga ‘terduduk’ ke bawah akhirnya.

Bagi pemilik nama Mahanon Mohd Zin, perjalanan sebagai usahawan mula berubah selepas bertemu dengan pengasas Chocodap’s Ticer Sarah di sebuah seminar.

“Saya pernah menjalankan perniagaan keluarga dan memiliki dua kedai. Waktu itu selepas bayar kedai dan pekerja, saya tidak ambil gaji kerana tidak mencukupi.

“Dalam sebulan, saya berjaya menjana sekitar RM7000 ke RM 8000. Nampak banyak tetapi selepas membayar itu dan ini, saya tidak mampu mengambil gaji,” kongsinya.

Sambung wanita yang mesra dengan panggilan Kak Nom ini, momen sukar itu bertukar selepas berjumpa dan menimba ilmu daripada pengasas Chocodap’s Ticer Sarah dan Encik Farhan Zainuddin.

“Pada awalnya saya berjumpa dengan Ticer di sebuah seminar. Dari situ, saya memberanikan diri untuk menghantar pesanan ringkas (DM) di Facebook.

“Saya amat terkejut apabila diberitahu Ticer, hasil jualan coklat boleh mencecah RM 50,000 sebulan walaupun hanya dilakukan dari rumah.

“Itulah permulaanya. Saya mendapat ilmu cara berniaga coklat dan menjana wang dari rumah,” katanya penuh syukur.

Tambah Kak Nom lagi, dia turut berpesan kepada individu di luar sana yang berminat menjadi usahawan coklat, segera mendaftar dengan Chocodap’s untuk mendapat bimbingan asas seterusnya mampu berjaya di masa depan.

“Dalam perniagaan harus tawakal, hati kena kental,” pesannya ringkas.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment