“Orang lalu je tapi tak beli,” Hampir putus asa, Puan Azura kongsi pengalaman kali pertama…

“Kenangan paling manis bila berniaga dan berhasil menjual RM 400 dalam masa tiga jam sahaja,” demikian kongsi Puan Azura Hussin menceritakan kenangan kali pertama berniaga coklat pada tahun lalu.

Akuinya, dia hampir berputus asa selepas tiada pelanggan yang mahu membeli pada awalnya.

“Ketika itu saya dan suami berpeluang berniaga di tapak car boot sale Menara Condong, Teluk Intan. Ketika itu saya dan suami berkesempatan balik kampung jumpa mak dan ayah. Orang kata sambil menyelam sempat kami ‘minum air’ sekali.

“Sambil itu kami berniaga di tapak disediakan. Waktu itu jam 9 malam, ramai yang ada di situ. Cuma sambutan terhadap coklat tak begitu memberangsangkan. Ada yang datang selepas tu berlalu pergi sahaja

“Berkat bersabar akhirnya kami berjaya mendapat hasil memuaskan iaitu RM 400 dalam masa tiga jam sahaja. Kami tidak duduk di kerusi sahaja, kami mendekati pelanggan dan beri mereka rasa kesedapan Chocodap’s untuk dicuba. Alhamdulillah, Allah SWT bantu kami malam itu,” luahnya gembira.

Tambahnya, dia bersama suami meneruskan berniaga di tapak sama keesokan harinya dan jumlah terkumpul adalah RM 700 hasil berniaga dua malam.

Kongsinya lagi, dia bersyukur segala penat lelah berniaga akhirnya ‘terbayar’ dengan hasil dimiliki pada masa ini.

“Saya memiliki wang simpanan dan menerima barang kemas daripada pihak Chocodap’s HQ selepas berjaya mencapai sasaran jualan. Alhamdulillah, ganjaran ini juga pemangkin untuk saya bekerja lebih keras untuk terus berjaya sebagai usahawan terkemuka satu hari nanti.

“Setakat ini, saya bangga dengan pencapaian peribadi yang mana saya sudah memiliki akaun bank di bawah nama syarikat sendiri. Insha Allah di masa akan datang saya berharap perniagaan dapat lebih berkembang meskipun dunia sedang berdepan dengan wabak Covid-19 pada masa ini,” katanya.

Dalam masa sama, dia amat berterima kasih kepada mentornya, King Noraini Mat Seman yang ‘menarik’ dia untuk bersama menyertai Chocodap’s sekaligus membantu untuk segera bebas dari masalah kewangan dengan wang hasil menjual Chocodap’s.

Untuk rekod, Azura Berjaya meraih hasil jualan berkumpulan tertinggi pada tahun lalu sebanyak RM 42,445 seterusnya berjaya melahirkan dua orang di peringkat commando, 64 ejen dan dropship.

Comments

  • ZaharatulAkma BT Ishak
    07/02/2021 at 4:50 PM

    Alhamdulillah
    Tahniah puan
    Sangat memberi Inpirasi

Add a comment