Peluk erat keluarga & rakan kamu sekarang, ini alasannya…

Tahukah anda, tarikh 21 Januari merupakan Hari Peluk Nasional. Perayaan ini diperkenalkan di Clio, Michihan, Amerika Syarikat pada 21 Januari 1986.

Idea mewujudkan hari istimewa ini untuk mengingatkan semua agar terus peluk erat ahli keluarga dan orang tersayang. Jangan malu-malu tau!

Kevin Zaborney merupakan individu yang mencetuskan idea dalam memperkenalkan kepada dunia mengenai Hari Peluk Nasional.

Beliau yang berkhidmat sebagai specialist menangani masalah sosial di kalangan remaja di Michigan berpendapat, masyarakat AS cenderung untuk rasa malu mempamerkan perasaan sayang di khalayak ramai walhal pelukan bukan sesuatu hal yang aneh.

Impian Zaborney untuk melihat masyarat di seluruh dunia berubah dan tidak perlu berasa malu memeluk insan tersayang.

Pada awalnya, beliau berasa idea ini akan gagal. Ternyata usahanya menerima respon luar biasa apabila ribuan surat diterima daripada penyokong idea berkenaan.

Zaborney mula dikenali ramai malah sifat bapanya juga berubah malah lebih kerap memeluknya sejak hari itu.

Hari Pelukan Nasional bukan sahaja dirai di Amerika Syarikat malah di seluruh negara termasuk Kanada, Jerman, Bulgaria, Sweden, Australia, Russia dan Britain.

Apa yang lebih menarik tentang pelukan, setiap pasangan yang berpelukan selama 20 saat dapat meningkatkan level Oksitosin yang juga dikenali sebagai ‘Hormon Cinta’.

Bukan itu saja, sebuah kajian dijalankan oleh American Psychosomatic Society, pelukan singkat selama 10 minit dengan pasangan atau rakan juga dapat mengurangkan tekanan perasaan.

So, tunggu apa lagi? Peluk erat keluarga, pasangan atau rakan kamu hari ini. Sebelum terlambat, apa salahnya zahirkan perasaan sayang kamu kepada mereka kan?

Selamat Hari Peluk, guys! Sebelum peluk minta izin dulu okay?

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment