Perjuangan diteruskan, team Datin Zarina kembali ‘gegar’ AEON Mall Shah Alam 1 Julai-14 Ogos

Bukan sekali tapi empat kali kejayaan diulang oleh Datin Dayang Zarina Ahmad! Ternyata percubaan membawa jenama Chocodap’s di tempat awam berhasil menarik ramai penggemar coklat.

Datin Zarina atau mesra disapa sebagai Mommy ini juga teruja dengan sambutan diterima sejak booth yang mendapat sokongan pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada hujung Februari lalu.

“Kejayaan booth Chocodap’s di AEON Shah Alam bukan hasil kerja keras saya sahaja tetapi daripada ejen-ejen lain iaitu Rosnani, Afiq, Sharifah Zahariah dan partner saya, Zairobiah serta team dalam DTT60.

“Ini merupakan kali keempat kami berada di sini. Allahuakbar sambutan kat sini cukup best!

“Bayangkan kali pertama buka booth di sini kami berjaya collect RM 21,000 dalam masa 10 hari sahaja.

“Rasa macam nak menangis tengok respon daripada orang yang lalu lalang dalam mall ni. Ramai yang dah mula kenal Chocodap’s dan suka dengan rasanya. Alhamdulillah,” katanya.

Perjuangan Datin Dayang Zarina diteruskan pada bulan Mac sehingga bulan Ramadan lalu.

“Kali kedua ada kat sini kami berjaya collect lebih RM 17,116 seterusnya jumlah pada bulan Ramadan ialah sekitar RM 25,121.

“Jual coklat pun boleh jana income lima angka. Ini bukan main-main ya.

“Siapa-siapa yang lalu depan booth kami akan bagi taster, try dulu. Ramai yang kata sedap! Nama pun Chocodap’s kan, giler lah sedap?,” tambahnya ketawa.

Berkongsi pengalaman bagaimana dia dihubungi pihak MARA, Datin Dayang menyifatkan rezeki yang diperoleh milik bersama rakan-rakan ejen lain.

“Alhamdulillah, kami hanya dicaj RM 100 sehari untuk booth di AEON Shah Alam. Dengan jumlah pengunjung yang lalu lalang setiap hari saya yakin dapat pusing balik
modal.

“Di bawah inisiatif program keusahawanan MARA ini, team kami dapat berniaga di sini bermula 1 Julai sehingga 14 Ogos depan.

“Alhamdulillah rezeki Allah SWT memudahkan urusan meneruskan perjuangan di sini.

“Saya takkan sia-siakan peluang yang ada kerana waktu PKP dulu, Chocodap’s banyak bantu saya. Insha Allah saya buat sehabis baik,” akhiri Datin Zarina.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment