Rasa memikat, hati terikat…Hebatnya aura coklat Ruby!

Kini trending…Apa yang special sangat coklat warna PINK❓

Bukan donut je boleh warna pink, coklat berwarna pink pun sudah ada di pasaran ya!

Dengan warna memikat, Chocodap’s mengetengahkan coklat Ruby yang memiliki keenakan tersendiri.

Bukan itu saja, coklat Ruby digelar sebagai coklat pilihan golongan millennial. Lihat saja warnanya, golongan muda pasti tertarik kan?

Mungkin ada yang berfikir rasa coklat Ruby akan berubah bila melihat warnanya yang berbeza dari warna asal, tetapi terbukti Ruby masih berjaya mengekalkan ‘keaslian’ rasa coklat itu.

Malah, coklat warna pink ini mendapat permintaan tertinggi di beberapa negara termasuklah England, Amerika Syarikat, China dan Jepun.

Nak rasa pengalaman menikmati coklat dengan perasa Berry masam-masam manis? Dapatkan coklat Ruby dengan inti raisin dengan pembelian Classic Premier Box yang berharga RM 37 sahaja. Gerenti tak menyesal sebab ia lebih dari sedap 😉

Comments

  • TuagRay
    11/21/2020 at 9:19 PM

    pink ruby! sumpah sedapp.. sy bkn penggemar chocolate, tp bila pink ruby ada dlm slot box tu, repeat box di buat nya.. please2.. jual kan pink ruby ni dlm gram yg byk sikitt..

Add a comment