Salam Maulidur Rasul 1443H, jom banyakkan selawat

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

Assalamualaikum & Salam Maulidur Rasul 1443H/2021M kepada semua rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, kita masih diberi kesempatan meraikan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahannya yang ditanggung oleh kamu yang sangat inginkan kebaikan kamu dan ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

Betapa besar pengorbanan Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam berjuang menyebarkan dakwah Islam, penuh dengan peristiwa getir, menempuh berbagai ancaman dan halangan, menghadapi bermacam-macam kesengsaraan, penderitaan, penindasan dan sebagainya.

Namun Baginda tetap tidak putus asa dalam menjalankan perintah Allah Subhanahu Wata’ala dengan keimanan yang tebal dan keyakinan yang padu kepada Allah Subhanahu Wata’ala, disertai dengan kasih sayang Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada umat Baginda. 

Sama-samalah kita menghidupkan sunnah baginda dan berusaha mencontohi akhlak baginda. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Ticer Sarah
Founder Chocodap’s
Lahirkan Jutawan Chocodap’s

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment