Santuni orang kurang upaya (OKU), raikan mereka hari ini!

Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia diisytihar oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) pada 19 Oktober 1992 dengan menetapkan setiap 3 Disember adalah hari orang kurang upaya.

Kabinet dalam mesyuaratnya pada 12 Oktober 1994 telah mengesahkan 3 Disember setiap tahun sebagai hari orang kurang upaya peringkat kebangsaan.

OKU merupakan singkatan kepada Orang Kurang Upaya yang mana istilah ini digunapakai secara meluas bagi merujuk kepada orang kurang upaya. Kini, OKU juga di sebut dengan Orang Kelainan Upaya.

Menurut WHO (World Health Organisation), OKU didefinisikan sebagai:

“Kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi, pelajaran dan vokasional”.

Masyarakat yang juga sebahagian daripada sistem sokongan perlu memainkan peranan untuk memastikan ketidakupayaan OKU dapat dikurangkan hingga dapat menjadikan kehidupan seseorang OKU lebih bermakna.
Namun, keberanian dan kekuatan serta kemampuan individu OKU dalam menyuarakan dan memperjuangkan hak menjadi pemangkin lebih berkesan bagi sesuatu perubahan kerana hanya OKU sahaja lebih memahami keperluannya.
Tiada apa diharapkan OKU, melainkan kehidupan lebih dihargai, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi serta hidup yang mempunyai maruah diri dalam kalangan masyarakat. Tiadalah erti sambutan Hari OKU Sedunia jika potensi dan kebolehan dimiliki seseorang OKU gagal diketengahkan dan dimanfaatkan.

Kredit: Berita Harian Online

( Penulis adalah Naib Yang Dipertua Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

Comments

  • Ramlah Binti Mustakim
    12/04/2020 at 4:14 PM

    suami saya seorg oku setelah kemalangan suatu masa dahulu..dia sering sukar bergerak, jika brgerak pun kena guna tongkat tapi terap mahu menghulurkan RM pada peminta sedakah yg duduk tapi kelihatan sempurna tanpa cacat.Kelihatan peminta sedekah itu malu dan enggan mengambil wang tersebut.SubhanAllah.

Add a comment