Selamat Hari Guru, Chocodian’s!

Hari Guru 2022 dengan tema “Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”

Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir dari sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.

Setiap tahun pada 16 Mei Hari Guru diraihkan bagi mengenang jasa dan pengorbanan sebagai pendidik kepada anak-anak bangsa agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment