“Suami pun terkejut”- Pn Huda Abdullah lega bila…

Selepas menyertai Chocodap’s pada tahun 2019, kehidupan Puan Nurul Huda Abdullah mengalami transformasi.

Meskipun tidak terlalu mendadak, perubahan itu membuatkan suaminya terkejut. Kenapa pula tu?

“Apa yang berubah apabila walaupun saya bergelar suri rumah sepenuh masa tetapi saya mampu ada gaji sampai lima angka.

“Satu masa tu, suami pun terkejut sambil cakap ‘Awak duduk rumah pun gaji boleh cecah lima angka, kalah saya,” katanya memberitahu suami bekerja di salah sebuah syarikat minyak & gas di Dungun, Terengganu.

Lebih menarik lagi, Puan Huda yang merupakan ibu lima orang anak ini mengakui dia seronok dan teruja menjalankan bisnes coklat yang dianggap sudah sebati dengan dirinya.

“Apa yang boleh saya kongsi, tak susah jual makanan apatah lagi coklat. Siapa yang tak suka coklat? Mungkin ada tapi minoriti tak ramai.

“Bila ada anak kecil, saya percaya setiap peti ais di rumah mereka akan ada coklat di dalamnya.

“Modal pula kecil malah pulangannya yang besar. Memang seronok jual coklat ni,” katanya.

Tambah Huda, dia kini berbangga apabila berjaya merealisasikan impian dengan mewujudkan sebuah butik coklat di perkarangan rumahnya.

Difahamkan, butik coklat itu mula beroperasi sejak Januari 2021 dan mempunyai seorang pembantu kedai.

Sementara itu, Huda juga bersyukur dapat membantu kedua ibu-bapa mertua dengan memberikan wang jajan setiap bulan.

Tidak mahu berhenti di takuk lama, wanita yang menetap di Dungun, Terengganu ini berazam untuk berusaha meningkatkan ‘kelajuan’ dalam berbisnes.

Jika tahun lalu dia berjaya menghasilkan RM342,780 dan mendapat komisyen belasan ribu, untuk tahun 2021, Huda berazam untuk menjana jualan lebih daripada sebelum ini.

Semoga dipermudahkan urusan Puan Huda Abdullah!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment