“Sibuk di pejabat bukan alasan”- Ibu lima anak buktikan tiada yang mustahil asalkan…

“Saya berniaga ada sebab, bukan sekadar suka-suka sahaja,” demikian kata empunya diri, Murziana Muhammad yang menyertai Chocodap’s sejak tahun 2019.

Meskipun mempunyai pekerjaan yang menjanjikan pendapatan stabil, Murziana memilih berniaga coklat di bawah jenama Chocodap’s kerana melihat hala tuju jelas dalam bisnes makanan.

“Saya sebenarnya seorang yang sibuk di pejabat tetapi saya tertarik dengan sistem yang ada pada jenama coklat tempatan ini.

“Melihat kesungguhan pengasas, Ticer Sarah dan suaminya, Encik Farhan, mereka berjaya mengubah diri untuk mendalami dunia bisnes coklat dengan cara tepat.

“Saya bersyukur dapat membahagi masa dengan baik. Pada sebelah siang saya fokus di pejabat manakala selepas waktu kerja saya aktif berniaga coklat. Memang seronok dan tak rasa penat,” katanya teruja.

Bercerita mengenai pengalaman menarik sepanjang berniaga Chocodap’s, ibu lima anak ini mengaku kehidupan mereka sekeluarga bertambah selesa berbanding dahulu.

“Jujur saya kata, setiap bulan saya dapat simpan duit empat angka dalam bank. Paling kurang pun RM 1000. Syukur sangat sekarang saya boleh menyimpan dengan konsisten.

“Bila anak-anak minta sesuatu, saya senang hati dapat gembirakan mereka dengan membeli apa yang anak-anak inginkan.

“Bukan itu sahaja, duit simpanan itu juga ada saya gunakan beli emas sebagai pelaburan masa depan,” jelasnya.

Tambah wanita berusia 38 tahun ini, tahun 2020 melakar kenangan manis buatnya apabila berjaya mencapai sasaran jualan berkumpulan sebanyak RM 167,117 secara keseluruhan.

Biarpun dihimpit kesibukan di pejabat dan menguruskan anak-anak, Murziana tidak menjadikan ia alasan untuk tidak berusaha mencari pendapatan sampingan.

Tahniah Puan Murziana Muhammad!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment