TAHNIAH! Menang motorsikal, Cikgu Hashimah rancang ambil lesen

“Menangis saya pagi ni, betul-betul terkejut,” demikian luah pemenang hadiah utama cabutan bertuah Chocodap’s, Norhashimah Hassim ketika dihubungi.

Wanita yang juga merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai ini memberitahu dia tidak menjangka kemenangan pada pagi ini.

“Saya tonton dari awal LIVE tetapi bila sampai di penghujung siaran, saya tak menjangka akan menang.

“Baru je nak klik butang X di skrin untuk tutup, tiba-tiba saya terima panggilan daripada pihak Chocodap’s HQ.

“Bila dimaklumkan saya menang motor, jatuh air mata saya. Terharu dan terkejut,” katanya dalam nada teruja.

Ketika ditanya mengenai perancangan hadiah yang dimenangi, ibu kepada empat orang anak ini memberitahu dia berhasrat mengambil lesen motor tidak lama lagi.

“Kalau nak tahu, ini merupakan motor pertama yang ada di rumah. Sebelum ini memang naik kereta memandangkan anak ramai.

“Insha Allah saya rancang untuk belajar dan ambil lesen motor selepas ini. Doakan agar semuanya dipermudahkan,” akhirinya.

Norhashimah berharap kemenangan ini akan menjadi kekuatan dalam diri agar terus bersemangat dalam dunia bisnes coklat.

Buat Cikgu Norhashimah, jutaan tahniah kami ucapkan atas kemenangan peraduan cabutan bertuah hadiah bonanza Chocodap’s yang berlangsung sebentar tadi.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment