Assalamualaikum,

Sekalung ucapan tahniah buat mentor disayangi, Yang Berbahagia Datuk Wira Dr Haji Azizan Osman atas penganugerahan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Anugerah berkenaan diterima di Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah,Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-71 TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang Di-Pertua Negeri Melaka (Sesi Kedua).

Sebagai salah seorang anak didik kepada beliau, saya turut bangga dengan pengiktirafan ini. Lihat saja jumlah usahawan yang telah beliau hasilkan, lebih 100,000 orang. Angka yang cukup wow!

Berapa ramai anak melayu yg sebenarnya tiada ilmu berniaga yang betul.

Ramai yang tak faham konsep marketing yang betul, ramai yang tak ada ilmu yang betul. Doc la yang bantu pecahkan tembok tersebut dan tunjukkan arah yang betul.

Setinggi-tinggi tahniah sekali lagi dari pihak pengurusan Chocodap’s !

Pengasas Chocodap’s,
Ticer Sarah dan En Farhan Zainuddin

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment