Tak menang tangan!-Booth Chocodap’s Yong Miza di MAHA 2022

“Setakat empat hari dekat sini, team kami banyak fokus ke produk Mini Bite dan Chocolate Classic. Sambutan dekat sini memang WOW,” kata ejen Yong Miza @ Hamizah Husin yang menjaga booth coklat di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS, Serdang.

Ketika dihubungi, Yong Miza memberitahu dia dan team menguruskan dua tapak booth di sana.

“Ada dua. Satu di Laman Ternak Hall, nombor tapak B22 dan satu lagi di Agro Bisnes Hall, tapak nombor AB94.

“Tak menang tangan kami nak layan, memang ramai pengunjung. Alhamdulillah kalau macam ni sambutannya, rasa nak buka tiap-tiap tahun,” katanya tertawa.

Yong Miza yang sebelum ini aktif mengusahakan booth di beberapa pusat beli belah antaranya di AEON Mall Nilai dan PKNS Shah Alam berkata jumlah jualan setakat ini mencecah RM 16,000.

“Doakan team kak Yong terus bersemangat sampai ke penghujung program.

“Saya anggap ini antara pengalaman terbaik yang pernah dilalui. Insha Allah semoga sales kami terus meroket,” akhiri Yong Miza.

MAHA yang kali terakhir diadakan pada 2018 itu akan berlangsung selama 11 hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula 4 sehingga 14 Ogos ini.

MAHA tahun ini menjangkakan kehadiran pe­ngunjung yang luar biasa ekoran penganjuran tergendala selama empat tahun sebelum ini.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment