“Terasa sangat bila…”, Ejen Chocodap’s Singapura raih jualan terawal RM 10,000 

“Bila dia keluar, terasa sangat,” kata ejen yang datang dari Singapura, Puan Shafawati Ismail ketika pertama kali menyertai Chocodap’s pada 2019.

Kongsi Shafawati Ismail atau Puan Sha, pada awalnya dia mengenali Chocodap’s melalui sepupunya.

“Saya, suami dan juga anak-anak memang hantu coklat. Sebut je coklat, memang semua excited nak makan. Jadi bila sepupu dah ajak join jadi ejen Chocodap’s, tak fikir lama terus saya join.

“Alhamdulillah seronok perjalanan saya bersama Chocodap’s. Tapi perasaan risau mula datang bila sepupu yang bersama saya di Chocodap’s akhirnya menarik diri,” luah wanita berusia 36 tahun ini.

Jelas Puan Sha, hatinya terasa ‘kosong’ apabila terpaksa bergerak sendiri lebih-lebih lagi dia menetap di Singapura.

Namun begitu, dia bersyukur kerana sepupunya masih membantu dari segi urusan penghantaran coklat ke sana.

“Mujur dia masih tolong saya. Kalau tak, pening juga bila fikir. Saya mula belajar berdikari untuk bergerak sendiri, cari customer sendiri, promote coklat sendiri. Kadang-kadang rasa nak give up tapi saya percaya Allah akan bantu orang-orang yang berusaha.

“Saya akan buktikan walaupun bergerak sendiri, saya mampu lakukannya di sini,” kata Puan Sha.

Berkongsi pengalaman manis, Puan Sha memberitahu jualannya pernah mencecah hingga RM10,000 hasil berniaga Chocodap’s.

Puan Sha yang sebelum ini bekerja di salah sebuah poliklinik di Singapura akhirnya melepaskan kerjaya tetap untuk terjun ke bidang bisnes!

Kalau dia mampu lakukannya, kenapa anda tidak?

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment