Dugaan silih berganti tak ‘gegar’ diri…Kak Mah tetap semangat

Pernah diuji apabila ejen seperjuangan seorang demi seorang menarik diri, Muhaimah Abdul Rahman akui sedang dalam proses bangkit kembali.

Menyertai Chocodap’s sejak Mac 2020, Muhaimah atau Kak Mah memberitahu dugaan dan ujian tidak pernah mematahkan semangat untuk terus berbisnes.

“Sebelum bersama Chocodap’s, saya dah sertai banyak jenama produk sebagai ejen. Tetapi ini pertama kali saya jadi ejen untuk produk makanan.

“Adat dalam bisnes, pasti ada turun naik. Apa jua bidang pekerjaan kita ceburi pasti ada risiko.

“Dugaan bila saya turun pangkat kerana sebelum ini saya dah ada di peringkat General. Tipulah jika saya tak rasa down tetapi tak mahu layan perasaan negatif lama-lama.

“Saya dalam proses bangkit semula. Saya amat yakin sekali dengan potensi Chocodap’s kerana selain berniaga, saya juga penggemar setia coklat.

“Belum rasa belum tahu. Dah rasa coklat Chocodap’s gerenti tak mahu lepas dah,” katanya positif.

Ibu lima anak ini juga merupakan ejen Chocodap’s di Dungun, Terengganu.

Sesiapa yang nak rasa keenakan Chocodap’s di sekitar Dungun, boleh hubungi Kak Mah untuk pembelian.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment